KEPENTINGAN SEKTOR PELANCONGAN
KEPENTINGAN SEKTOR PELANCONGAN TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA
Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Saban tahun, jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan sahaja pelancong dari negara jiran malah turut menjadi tumpuan pelancong asing.Dengan peningkatan kemasukan pelancong tersebut, ekonomi negara dapat dibangunkan malah industri iini telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ekonomi dan menjana pendapatan negara. Perkembangan industri pelancongan di Malaysia disebabkan oleh keadaan iklim semula jadinya yang panas sepanjang tahun serta pertumbuhan industri pelancongan menyumbang kepada pembangunan ekonomi melalui beberapa faktor yang berkait rapat seperti pengangkutan, penginapan, makanan dan minuman, hiburan dan membeli belah. Dalam meneliti sektor pelancongan di Malaysia secara sepintas lalu, penekanan diberikan kepada sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi negara berbanding sektor yang lain.
Antara kepentingan sektor pelancongan ialah kita dapat mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di Malaysia misalnya bandar-bandar bersejarah yang terletak di negeri Melaka. Malah kini Melaka berusaha dalam memantapkan lagi destinasi pelancongan di negeri tersebut dengan mengadakan pelbagai persembahan yang diadakan di Kota A-Famosa, Bandar Comboy, Dunia Binatang Safari dan Dunia Air. Dengan kepelbagaian persembahan para pelancong dapat mengembangkan ilmu pengetahuan mereka dengan lebih meluas.
Seterusnya, pelancongan bukanlah sesuatu yang baru. Sejak dulu lagi sektor pelancongan ini telah menjadi nadi penggerak ekonomi negara Malaysia. Malah, industri pelancongan juga telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan seperti perusahanan restoran, peruncitan, penyediaan perkhidmatan pengangkutan dan penyediaan penginapan. Dalam rangka membangunkan industri tersebut banyak kawasan yang mempunyai keunikan tersendiri dibuka dan dimajukan untuk tujuan pelancongan. Malaysia amat bertuah mempunyai alam semulajadi yang indah, unik dan pelbagai seperti hujan tropika, iklim dan cuaca yang tidak melampau, banjaran gunung, pulau dan pantai serta pelbagai spesis flora dan fauna. Keindahan semulajadi disamping kisah lagenda yang tersendiri memberi keunikan kepada sesuatu kawasan untuk menjadi sebuah pusat peranginan yang terkenal di dunia. Mewujudkan sistem pengurusan zon bersepadu untuk menjamin pembangunan adalah salah satu rangka untuk mencapai kemajuan dan pembangunan kepentingan berterusan industri pelancongan di Malaysia. Malahan setiap perubahan akan mempengaruhi tindakan yang seterusnya.
Selain itu, industri ini dapat mempromosikan makanan setempat di negara kita. Makanan yang terdapat di Malaysia mempunyai keistimewaan yang tersendiri dimana kebanyakan makanan yang disajikan digemari oleh pelancong. Pelbagai aneka kuih dan makanan seperti rendang, ketupat, nasi lemak, capati, tosai dan sebagainya menjadi salah satu tarikan pelancong datang ke Malaysia. Hal ini dapat membantu mempromosikan nama Malaysia di persada dunia.
Seterusnya, industri pelancongan di Malaysia kini dilihat sebagai sesuatu yang dinamik, berubah dan bergerak dengan cepat dan kadangkala tanpa kita sedari. Perubahan ini bergantung kepada permintaan pelancong dimana peningkatan bilangan kedatangan pelancong merupakan aset utama dalam menentukan pencapaian industri pelancongan di sesebuah destinasi. Hal ini seterusnya dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik kepada dunia luar. Malaysia mempunyai penduduknya berbilang kaum dan etnik seperti kaum utama Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kaum-kaum ini mempunyai adat dan keistimewaan tersendiri yang mampu menarik minat pelancong. Selain itu, secara tidak langsung mempromosikan warisan budaya masing-masing seperti wayang kulit, makyung, dikir barat dan kuda kepang. Malah pelbagai permainanan tradisional diberi peluang kepada para pelancong untuk mencuba seperti sepak raga, galah panjang, congkak dan batu seremban.
Secara keseluruhannya, peranan industri ini amat ketara bagi tempoh kebelakangan ini untuk mempromosikan Malaysia. Bagaimanapun, pelaburan modal yang besar perlu bagi memastikan kemajuan industri pelancongan Malaysia tidak terhenti. Kita mendapati bahawa peruntukan pembangunan pelancongan di Malaysia sentiasa meningkat sama ada untuk tujuan promosi ataupun pembangunan infrastruktur bagi usaha pembangunan jangka masa panjang.
Ulasan
Catat Ulasan